Pokok bakau adalah sejenis pokok yang amat kuat dan dianggap pokok yang ‘laku’ kalangan pengusaha kayu kerana ia tidak reput dalam air, sifat semula jadinya sendiri adalah dalam air.

Namun, menurut beliau, masih ramai yang tidak mengetahui kepentingan tumbuhan itu terhadap ekosistem hidupan air.

Hutan kayu bakau juga penting sebagai tempat anak ikan berlindung, sekiranya kawasan berkenaan pupus atau tercemar, populasi ikan dan industri nelayan boleh terancam gara-gara anak ikan yang tiada tempat berlindung.

Dalam masa sama hutan bakau juga mampu bertindak sebagai pemampan hakisan ombak dan mampu menahan ombak tsunami.

Tragedi tsunami yang melanda beberapa kawasan di negeri ini kira-kira sembilan tahun lalu ibarat dilupakan apabila kebanyakan hutan paya bakau dimusnahkan terutamanya di pesisir pantai Bagan Jermal dan juga Persiaran Gurney.

Sungguh menyedihkan apabila melihat pokok bakau yang wujud secara semula jadi di sepanjang Persiaran Gurney di sini, terbiar begitu sahaja.

Di negeri ini, hutan bakau lebih banyak wujud di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) dan beberapa kawasan sekitar Balik Pulau.

Tetapi hanya segelintir sahaja daripada masyarakat yang mengetahui di Timur Laut iaitu salah satu daerah yang pesat di negeri ini turut ditumbuhi dengan hutan pokok bakau.

Pulau Pinang mempunyai kira-kira 3,900 pokok hutan paya bakau pada 1973 dan kemudiannya pada 2004 terdapat 1,400 pokok berkenaan.

-BAKAU BAKAU TEAM BUILDING-
Taman Rekreasi Paya Laut, Kuala linggi, kuala sg. Baru, Melaka. 
Tel: 012-2447408/017-2476348
Email: bakaubakauteambuilding@gmail.com